♔You won't be mine ;')♔
Wednesday, April 16, 2014 | 6:45 AM | 0 love drops
Everything in life is temporary. But I hope that my love towards
you will last long till I found the right one.. Even though you will never be
mine.
Setelah sekian lama, kini aku kembali lagi. Mencoret segala
kata yang tidak dapat diluahkan. Meniti semula kisah lalu. Sakit, tapi rasa itu
semakin mati. Saat aku melihat bahagia, luka dulu masih menghantui. Lalu aku
kuburkan rasa bahagia itu. Kerana aku tahu bahagia itu tidak akan kekal lama. Cukuplah
aku hidup dengan apa yang aku mampu miliki :')
A. A. H. Bin A. H. :) Aku mengenali dia saat aku ingin
mula meneruskan hidup aku tanpa ingin dilukai lagi. Namun aku tahu, aku akan
gagal bila aku menyedari bahawa aku mula suka dia. Aku cuba untuk menafikan
perasaan itu kerana aku sedar aku takkan mampu miliki dia. Tapi sekali lagi,
aku tak sekuat yang aku sangkakan. I fell for him without any thought that one
day he will hurt me. Dia tidak menjanjikan aku kebahagiaan, tapi dia berikan
aku satu kenangan yang sehingga kini aku masih rindu. Ya, rasa suka itu dulu. Kini
sayang yang bertakhta. Dan kerana sayang itulah, aku akan menyakiti hati
seorang gadis yang menyayangi dia lebih daripada aku.
Gadis, andai suatu hari nanti kau mengetahui bahawa adanya
aku dalam kisah kalian, aku mohon maaf. Sesungguhnya aku tak pernah minta
perasaan yang aku rasa sekarang. Tapi percayalah. Dia masih menyayangi kau. Dari
dulu hingga kini. Andai bukan kerana halangan dulu, aku yakin, sekarang dia
pasti berada di sisi kau. Menyapu tangis sedih kau. Berkongsi gelak tawa kau. Sentiasa
ada saat kau perlukan dia. Pegang kataku, gadis. Walau sedekat mana pun aku
dengan dia, aku dapat lihat dalam mata dia, adanya kau :') Setegas mana pun dia
cuba nafikan daripada aku, dia tak mampu sorokkan betapa risaunya dia ketika
dia tahu kau sakit :') Andai kau dapat lihat matanya, gadis. Betapa terkilannya
dia saat dia ucap, ‘saya takut untuk menyayangi dia. Saya takut perkara yang sama
berulang kembali.’ :')
Gadis, bohonglah jika tiada cemburu yang beraja di hati bila
dia bercerita tentang kisah kalian. Tentang bahagianya kalian suatu ketika
dulu. Saat mengetahui suara kau yang dia dengar sebelum dia tidur. Tetapi aku
sedar, siapa aku untuk mempunyai rasa itu? Hanya teman untuk dia bercerita,
teman untuk susah senang bersama. Hanya sekadar teman. Tak akan lebih daripada
itu. Oleh itu, aku mohon, gadis. Kembalilah. Dia perlukan kau. Bukan aku. Dia menyayangi
kau. Bukan aku. Dia merindui belaian manja kau. Bukan aku. Kembalikan kebahagiaan
dia. Sebab dia hanya mampu tersenyum senang bila adanya kau. Gadis, teruskan
menyayangi dia. Sedarkan dia yang dia sayang kau kerana dia betul-betul sayang,
bukan kerana simpati. Sedarkan dia yang kau akan selalu ada saat dia rebah. Dan
aku berjanji, saat kau kembali, aku akan pulangkan dia kepada kau, yang
selayaknya. Aku berdoa dari jauh semoga Allah permudahkan urusan pertukaran kau
ke sini. Dan semoga kehadiran kau nanti, akan merapatkan kembali jurang antara kalian. Aamiin.
# If that love does not belongs to you, let it go to the deserve one.
Hearts, Nur Shahirah

