♔The day you went away ;')♔
Sunday, April 20, 2014 | 9:22 PM | 0 love drops

Menyayangi itu bukan satu kesilapan. Tapi menyayangi orang yang salah, itu kekhilafan. Menangis bukan tanda aku pasrah. Tapi aku redha demi senyumannya ;)

Kini aku menghitung hari untuk kehilangan dia. Kehilangan insan yang tak pernah aku miliki. Pelik bukan? Kenapa perlu menyayangi andai diri tidak layak untuknya. Sebak hati ini, Allah je yang tahu. Meskipun aku menangis, sebak itu masih ada. Ibarat sesuatu yang tidak selesai. Hari ni, dia datang kepada aku, dengan memberikan satu penjelasan. Yang lagi menguatkan hakikat bahawa dia sayangkan gadis itu ;’) Sakit, tapi aku bahagia.

Sayang, maafkan saya sebab saya, awak hampir kehilangan dia. Sungguh, tiada niat saya untuk menjadi punca pergaduhan antara kalian. Maafkan saya :’( maafkan saya sebab terjatuh sayang dekat awak, buat awak menjadi lelaki yang tak setia akan kekasihnya. Saya sedar, perasaan sayang yang beraja di hati ini, di akhir nanti akan memberi seribu satu kelukaan. Tetapi percayalah sayang, saya tak pernah minta untuk awak membalasnya mahupun merasainya. Sebab saya tahu, awak takkan mampu menyayangi saya seperti mana awak menyayangi gadis itu ;’)

Sayang, buanglah perasaan bersalah awak. Sebab itu hanya akan buat saya lebih terseksa. Apa yang saya minta, bahagiakanlah azira. Gadis yang dari dulu sehingga kini awak sayang. Kerana saya tahu, jauh di dalam hati awak, awak tak sanggup untuk kehilangan dia. Maafkan saya kerana tak mampu melupakan segala kenangan kita. Kenangan itu terlalu indah untuk saya hilangkan dari ingatan :') Kenangan itu yang telah memberikan saya kekuatan untuk menjarakkan diri daripada awak. Saya mengaku, setiap kali melewati setiap tempat yang kita pernah bergurau senda, bergelak ketawa, bermasam muka, hati saya amat rindukan awak. Tapi saya juga sedar, memori itu tidak akan punya erti jika tangisan yang mengiringi. Oleh itu saya akan cuba untuk terus senyum depan awak dan saya berjanji, awak takkan pernah tahu bahawa tangisan saya mengiringi setiap kebahagiaan awak :’)

Sayang, jika kesakitan yang saya rasa sekarang sebagai bayaran untuk kebahagiaan awak, saya redha dan pasrah. Tapi satu yang saya minta dari awak, jangan bayar kesakitan saya dengan tangisan orang lain. Cukup sekadar saya bahagia dengan cara ini.

Hearts, Nur Shahirah

♥ Past / Future ♥