♔Anganan Seorang Gadis♔
Saturday, December 14, 2013 | 1:00 AM | 0 love drops
Mereka kata ada perbezaan antara cinta, sayang, rindu dan
suka. Cinta itu bukan kerana sayang yang beraja di hati. Tapi cinta kerana
Allah Taala. Sayang itu bukan kerana paras rupa dan harta benda. Tapi kerana
takut kehilangannya. Rindu itu pula bukan kerana dia tiada di depan mata. Tapi kerana
hati itu mengingatinya. Dan suka itu bukan kerana menyenangi sikap dan sifat
yang dia ada. Tapi kerana mengagumi segala yang dia ada.
Korang pernah dengar
tak angan seorang gadis yang ingin menjadi permaisuri kepada seorang raja yang
sempurna? Yang bermimpi ingin hidup bahagia dengan si raja dia dalam istana
yang cukup indah? Aku lah gadis itu. Gadis yang dalam diam mengagumi segala
yang dia ada, yang hati ini teguh mengingatinya saban waktu, yang takut untuk
kehilangannya namun untuk mencintainya kerana Allah, gadis itu tidak mampu. Kerana
gadis itu hanya insan biasa yang tidak pernah dipandang oleh raja itu. Ya. Sekali
lagi aku tegaskan. Akulah gadis itu. Gadis yang tidak dia ketahui akan kewujudan perasaanku.
Aku yang tidak punya apa-apa keistimewaan. Hanya punya
keluarga yang selama ini menjadi kekuatan. Hanya mampu sambung pelajaran di
Kolej Kemahiran Tinggi Mara dalam bidang senibina. Jangankan memasak, membuat
air pun aku masih tertatih. Ya. Umur aku sudah lapan belas tapi masih lemah
dalam memasak. Hina dan makilah aku kerana itu silap aku. Aku tidak punya
smartphone secanggih dia. Aku masih kuno dalam sesetengah perkara. Aku tak
up-to-date sepertinya. Aku tak cantik mahupun bergaya. Apa yang aku pandai hanya
merancang, tapi untuk memulakan sesuatu yang dirancang, itu pun aku tak mampu. Impian
aku tinggi, terlalu tinggi sehingga sukar untuk aku capai. Aku baru ingin mengenali dunia.
Sedangkan dia? Punya segalanya untuk dijadikan raja bagi setiap
permaisuri. Mungkin dia tidak sekacak Aeron Aziz. Tapi dia ada manis dan
tarikannya tersendiri. Dia yang aku kenali, loket senyuman mahupun kata-kata. Berbicara
hanya perlu. Namun sifatnya yang aku kagumi, hormat orang tua dan kasih pada
keluarganya. Dia yang aku nilai, bukan jenis melayan melainkan insan yang dia
sayang. Segalanya kelihatan jelas di sebalik sikap bodoh sombongnya itu. Pengetahuan
agamanya, kerjayanya, umurnya, sudah cukup untuk dia membina mahligai
sementalah istana juga telah tersedia.
Betapa indah jika raja itu mampu aku miliki. Dapat melihat
senyuman dan gelak tawa yang dia sorokkan. Berjalan seiring berdua menongkah setiap
arus. Mengenali lebih jelas bagaimana sikap dan sifat yang selama ini dia
sembunyikan di sebalik watak bodoh sombongnya itu. Belajar tanpa berputus asa bagaimana
untuk memikat hatinya. Huh. Betapa tingginya khayalan aku. Bohong jika aku
bilang aku tidak akan cemburu pada bakal permaisurinya. Namun aku sedar jurang
antara kami membataskan aku untuk membiarkan cemburu itu beraja di hati. Dan kerana
jurang itu juga aku sedar aku hanya gadis yang berangan ingin menjadi
permaisurinya. aku berkhayal kerana fantasi itu lebih indah dari realiti. Namun aku takkan selamanya hidup dalam fantasi dan kerana itu, khayalan itu hilang saat aku buka mataku.
Labels: O R A N G M I N Y A K
Hearts, Nur Shahirah

