♔Just heartless♔
Saturday, September 14, 2013 | 5:00 AM | 0 love drops




Sekarang jam menunjukkan tapat pukul empat pagi tapi aku masih berjaga. Emosi aku sangat tak stabil, mata pun kian memberat. Tapi aku masih menahan diri agar tetap membiarkan jejari ini bergerak sendiri. Meluahkan apa yang dirasa oleh hati. Entah kenapa aku rasa penat. Terlalu penat sehingga aku terasa lelah untuk menghadapi hari esok. Seharusnya aku gembira. Bahagia kerana kebenaran hampir terungkap. Derita kian beransur pergi. Namun aku masih begitu. Tak mampu melangkah meskipun si kekasih hati hadir di sisi.

Sungguh aku tak berdaya, Ya Allah :( Air mata ini telah kering dan hati ini kosong. Sekosong kain kanvas yang masih bersih tanpa dicalit setitis warna. Beginikah rasanya saat menanti kehilangan insan yang tersayang? Insan yang satu ketika dulu aku kagumi. Aku sanjungi. Aku hormati sehingga bagiku tiada di dunia seperti dia. Yang lebih mendukacitakan, bukan hanya aku yang meratap. Bukan hanya aku yang rebah. Bukan hanya aku yang tersungkur ;'( Tak pernah aku sangka setelah bertahun-tahun derita ini ditanggung demi mempertahankan bahagia yang pernah tercipta, begini pengakhiran yang terjadi. Ingin aku luahkan derita di sini. Namun secebis kasih masih tersisa lalu aku menutup segala keaiban. membiarkan kebaikan yang pernah dia semai menjadi topeng untuk menutup kelukaan di hati. 

Sejam masa berlalu tidak terasa. Kini tepat jam lima pagi. Hanya ini yang mampu terluah oleh hati. Entah apa yang aku merepek, yang telah aku luahkan. Maaf. Mungkin dah tiba masanya untuk aku tinggalkan dunia realiti untuk seketika. Semoga saat aku bangun nanti, aku masih boleh tersenyum. Doakan aku tabah.

Labels:


Hearts, Nur Shahirah

♥ Past / Future ♥