♔It is The End♔
Saturday, September 28, 2013 | 10:30 AM | 0 love drops
Hai blog, we meet again. Today's date : 28 september. Hanya beberapa hari saja lagi bulan Oktober akan menjelma. Oktober tahun lepas, aku masih mampu bergelak tawa bersama rakan-rakan sekolah. Masih dikelilingi guru dan teman yang tak pernah betah untuk memberikan semangat. Namun Oktober kali ini, aku sendirian. Menghitung hari untuk meninggalkan rumah yang satu ketika dulu ibarat syurga untukku. Sedih tapi aku tak mampu menangis :'] Sakit tapi aku harus kuat. Lemah tapi aku perlu bertahan. Aku tidak menyalahkan takdir. Tapi kelelahan untuk tiga tahun yang lepas sangat memenatkan aku. Hingga aku hanya mampu untuk terus tersenyum. Dan tersenyum. Agar mereka takkan tahu bahawa hati ini penuh dengan tangisan. Cukuplah untuk simpati mereka yang telah mengetahui cerita sebenar. Aku tak sanggup lagi untuk melihat wajah mereka yang memandangku dengan raut begitu ;( sungguh aku tak sanggup.
Kadang kala terasa ingin menjerit. Memberitahu dunia akan derita ini. Tapi aku tak mampu. Lalu aku membiarkan derita ini membunuh sedikit demi sedikit rasa kepercayaan, rasa hormat, rasa kagum, rasa sayang terhadap insan itu. Tahniah untuk insan itu kerana telah mencalit titisan hitam pada kain kanvas yang telah bertahun aku warnakan dengan warna yang ceria dan gembira. Tahniah untuk insan itu kerana membuat aku malu untuk melangkah ke hadapan, menghancurkan segala keyakinan dan kepercayaan aku untuk menghadapi dunia :( Terima kasih untuk insan itu kerana membuka segala aib yang telah aku simpan kemas. Terima kasih untuk insan itu juga kerana memberi aku kesedaran bahawa aku tak ubah seperti orang asing untuknya.
Aku berharap ini luahan yang terakhir untuk insan itu. Semoga saat insan itu sedar, aku mampu untuk memaafkannya untuk segala derita ini. Namun untuk menerima insan itu kembali seperti bertahun sebelum ini, sungguh aku tak yakin aku mampu. Maafkan aku kerana titisan hitam yang insan itu lakarkan pada kain kanvasku bukan sahaja menghancurkan semua warna ceria. Tapi juga menghancurkan sekeping hati insan yang paling aku sayang. Kepada insan itu, halalkan semua yang telah kau berikan. Ampunkan segala kekasaran dan kebiadaban aku sepanjang derita ini terjadi. Semoga berbahagia di atas penderitaan kami :')
Labels: O R A N G M I N Y A K
Hearts, Nur Shahirah

