♔Your Not Mine Anymore :']♔
Saturday, September 15, 2012 | 6:46 AM | 0 love drops
A S S A L A M U A L A I K U M
Ibarat meluahkan rasa yang telah lama dipendam , itulah apa yang shera rasa sekarang . Setelah sekian lama shera berdiam diri , ingin sekali shera jujur . Berkongsi cerita hidup yang sering dianggap beruntung oleh mereka . Tanpa mereka tahu betapa jalan cerita itu menyayat hati . Tapi bila menyedari hakikat yang shera tak mampu untuk bersuara , buat air mata ini sering menitis :’[ Dalam awak melihat saya cuba untuk senyum bahagia , awak tak akan sangka senyuman itu bercambah daripada satu tangisan . Saat awak melihat saya cuba untuk ketawa , awak tak akan sangka tawa itu terlahir daripada derita :’] Saya tak tau dari mana kekuatan itu hadir sehingga saya berani untuk jejak kembali kisah kita dulu .
Awak , tahniah :] Tahniah sebab mampu buat air mata ni menitis untuk awak sekali lagi . Tahniah sebab awak berjaya rapuhkan sekali lagi kekuatan yang saya bina . Tahniah sebab awak berjaya kekalkan ego awak ;] Hey ex , awak salah kalau awak fikir saya masih sayang awak , masih tunggu awak . Ianya tidak benar sama sekali . Tipulah kalau saya cakap saya tak rindukan awak . Kadang – kadang perasaan tu hadir . Tapi jika disebut tentang sayang , percayalah perasaan itu dah lama terkubur :] Andai ada ketika saya menyapa awak , itu bukan bererti saya masih mengharapkan awak . Dan andai ada ketika saya menyebut nama awak , itu tidak bermaksud awak masih saya sayang .
Even status awak tu dah lama dan walau apa pun maksud awak dengan status awak tu , saya , Nur Shahirah Binti Saharizon ingin tegaskan di sini ; Awak bukan HeroMalaya saya lagi sejak saya kenal siapa awak sebenarnya . Allah Maha Mengetahui dan Dia dah tunjukkan segalanya agar saya sedar menangis rindukan awak dulu adalah sia - sia . Hati saya pernah sakit , kreol :’[ Tapi saya tak sekejam apa yang awak fikir . Saya dah cukup ‘cool’ untuk jaga aib awak . Saya dah cukup ‘matang' untuk memahami hati awak . Saya dah cukup ‘bijak’ untuk mengawal emosi saya .
Ya , Muhammad Khairul Aizat Bin Mohd Abdul Jalil , saya bukan gadis bodoh yang pernah menjadi Guardian Angel awak dulu . Saya bukan lagi Laura yang sesenang mengalirkan air mata kerana lelaki ;] Selangkah awak cuba untuk berubah , dah berjuta langkah saya jejaki untuk sekuat ini . Suatu ketika dulu awak pernah berkata : bila saya sayang seseorang tu , saya akan sayang betul – betul . Dan bila ingatkan kata – kata awak tu , buat saya yakin , saya bukan orang yang awak sayang dari dulu sampai sekarang :’] Sebab setiap kali awak sayang saya , awak sayang ‘dia’ yang selalu dekat dengan awak :]
Tapi walau apa pun yang dah awak lakukan , walau apa pun fitnah yang awak lemparkan , kenyataan yang saya tak dapat benci awak buat saya tenang :’] Dan kenyataan yang awak pernah jadi milik saya , buat saya bersyukur . Malah saya nak ucapkan terima kasih sebab sejak hubungan kita berakhir dulu buat saya sedar bahawa hati dan perasaan saya milik Allah dan bakal imam saya . Ejad , saya bersendiri bukan kerana tunggu awak kembali , tapi kerana satu janji yang kita pernah termeteri . Insya’Allah sehingga tika nanti , saya akan tetap berpegang pada janji kita ; Janji Kresha’s .
Labels: O R A N G M I N Y A K
Hearts, Nur Shahirah

