♔Be happy even without me♔
Friday, April 20, 2012 | 5:51 AM | 0 love drops
A S S A L A M U A L A I K U M
Kadang - kadang , hidup nehh tak selalu bahagia kan ? Bila kita jatuh , kita mengalah . Sedangkan jika kita bertahan untuk seketika waktu , pasti kebahagiaan itu milik kita :'] Suatu ketika dulu , saya menyesal lepaskan awak pergi . Saya menyesal sebab tak dapat jadi yang terbaik untuk awak . Tak mampu buat awak bahagia . Dan saya pernah berharap agar diberi secebis waktu untuk gembirakan awak sekali saja lagi . Tapi untuk tika ini , saya sedar saya dah buat keputusan yang terbaik . Alhamdulillah sayang . Awak dah bahagia :] Saya panjatkan doa syukur ke hadrat Ilahi , awak tabah mengahadapi ujian-Nya . Pasti awak tak percaya awak kuat macam superman kan ? ;] Awak tahu tak , even awak hadapi semua tuu dengan tangisan , awak mengeluh , awak rebah , awak penat tapi awak tetap teruskannya dengan sabar . Itu kelebihan awak , sayang :'] Awak , selalu ingat kita semua milik Allah . Bila - bila masa Allah akan mentakdirkan apa sahaja kepada hamba-Nya . Dan meski setiap pertemuan menjanjikan perpisahan , awak perlu yakin dengan-Nya :*
Sayang , terima kasih untuk segalanya . Kerana awak , saya mampu berdiri kuat , teguh dengan pendirian saya :') Saya amat hargainya . Dan kerana awak juga , saya mengenali siapa diri saya sebenarnya . Ternyata saya tak mampu berubah untuk menjadi gadis seperti yang awak inginkan . Saya bukan seperti mereka yang lain . Saya sering gunakan ' fake smile ' . Hanya depan awak , saya mampu senyum . Tapi belakang awak , saya tahan nangis agar awak tak anggap saya lemah :'> Saya mudah terasa . Sering saya menggubah puisi untuk luahkan perasaan saya . Saya tak cool kan awak ? :D Erm , awak . Andai saya diberi peluang , saya ingin menyayangi awak sekali lagi . Ingin membelai jiwa awak untuk seketika nanti . Ingin mendengar suara awak panggil nama saya . Ingin menatap gambar awak selama yang mungkin . Ingin kembalikan detik - detik indah kita dulu :]
Namun maafkan saya , awak . Meski kita pernah bahagia , luka yang awak guris dulu masih berbekas sehingga sekarang . Setiap kali saya rindu awak , hati saya sakit sangat . Setiap kali tatap gambar awak , terbayang kasih sayang saya yang tak dihargai . Cukuplah derita penantian saya sampai di sini saja . Selama ini saya tunggu awak bukan kerana saya inginkan awak kembali . Tapi kerana satu janji yang tak pernah awak ketahui . Dan kerana janji itu , sehingga kini awak masih belum diganti . Saya masih di sini . Di mana awak tinggalkan saya sendiri .
# I cry for the memories i have left behind :'(
Labels: O R A N G M I N Y A K
Hearts, Nur Shahirah

