♔Move On ;')♔
Wednesday, April 23, 2014 | 9:35 PM | 0 love drops


Yang tinggal hanya alasan untuk bahagia. 

Hari ni aku rasa aku semakin kuat. Cukuplah untuk tangisan semalam. Cukuplah dengan kekhilafan sebelum ini. Aku takkan ulangi kesilapan yang sama. Biarlah perasaan yang pernah hadir untuk hakim, terkubur dalam diri aku sendiri. Biarlah dia tidak mengetahui bahawa segala yang dia lakukan sebelum ini kepada aku, telah memberikan aku seribu harapan, seribu perasaan yang sedikit sebanyak menghancurkan hati aku. Jika dulu, aku percaya kalau kita tunggu orang yang kita sayang di samping berdoa, dia akan kembali. Tapi ternyata, Kreol tak pernah kembali :') Dan kali ni, aku pegang kata-kata IQA. Aku sayang hakim, dan aku lepaskan dia pergi bersama orang yang dia sayang. Sebab tiada yang lebih bahagia daripada melihat orang yang kita sayang bahagia. Bohonglah kalau tak rasa sakit dan cemburu tu. Tapi itu lebih baik daripada merampas kebahagiaan orang lain ;)

Aku lepaskan perasaan sayang itu pergi bersama hakim bukan kerana itu yang selayaknya untuk perampas macam aku ni. Tapi kerana aku percaya, kalau betul dia sayang aku, dia jodoh aku, dia akan kembali. Bukan kerana aku yang paksa. Namun kerana dia merasai apa yang aku rasa.

Gadis, hanya untuk kau tahu, aku bukan perampas :( Tiada secebis niat pun di hati aku untuk merampas hakim daripada kau. Silap aku, aku terjatuh sayang kepada kekasih kau. Hanya itu. Tapi itu pun hanya aku yang bertepuk sebelah tangan :'D Tapi bagi pihak hakim, dia tak pernah sayang aku. Dia hanya menyenangi dan selesa dengan aku. Tak perlu untuk dia nafi. Sebab aku boleh bezakan layanan dia terhadap kau dengan layanan dia kepada aku. Aku tak buta dalam menilai kasih seorang lelaki. Dan jika aku buta sekalipun,  dia tidak mampu menutupi hati aku untuk membaca hatinya ;')

Aku tahu tidak mudah untuk melupakan luka yang telah aku calitkan dalam cerita cinta kalian. Tapi aku mohon, azira. Lupakan kisah hitam ini. Berikan hakim peluang untuk perjuangkan kasih sayang kalian. Berikan hakim kesempatan untuk buktikan yang dia tidak pernah cuba untuk tidak setia. Dia hanya terkhayal dengan layanan aku. Dan kerana itu, berikanlah aku kemaafan agar aku juga mampu untuk tersenyum :')

Hearts, Nur Shahirah

♔The day you went away ;')♔
Sunday, April 20, 2014 | 9:22 PM | 0 love drops

Menyayangi itu bukan satu kesilapan. Tapi menyayangi orang yang salah, itu kekhilafan. Menangis bukan tanda aku pasrah. Tapi aku redha demi senyumannya ;)

Kini aku menghitung hari untuk kehilangan dia. Kehilangan insan yang tak pernah aku miliki. Pelik bukan? Kenapa perlu menyayangi andai diri tidak layak untuknya. Sebak hati ini, Allah je yang tahu. Meskipun aku menangis, sebak itu masih ada. Ibarat sesuatu yang tidak selesai. Hari ni, dia datang kepada aku, dengan memberikan satu penjelasan. Yang lagi menguatkan hakikat bahawa dia sayangkan gadis itu ;’) Sakit, tapi aku bahagia.

Sayang, maafkan saya sebab saya, awak hampir kehilangan dia. Sungguh, tiada niat saya untuk menjadi punca pergaduhan antara kalian. Maafkan saya :’( maafkan saya sebab terjatuh sayang dekat awak, buat awak menjadi lelaki yang tak setia akan kekasihnya. Saya sedar, perasaan sayang yang beraja di hati ini, di akhir nanti akan memberi seribu satu kelukaan. Tetapi percayalah sayang, saya tak pernah minta untuk awak membalasnya mahupun merasainya. Sebab saya tahu, awak takkan mampu menyayangi saya seperti mana awak menyayangi gadis itu ;’)

Sayang, buanglah perasaan bersalah awak. Sebab itu hanya akan buat saya lebih terseksa. Apa yang saya minta, bahagiakanlah azira. Gadis yang dari dulu sehingga kini awak sayang. Kerana saya tahu, jauh di dalam hati awak, awak tak sanggup untuk kehilangan dia. Maafkan saya kerana tak mampu melupakan segala kenangan kita. Kenangan itu terlalu indah untuk saya hilangkan dari ingatan :') Kenangan itu yang telah memberikan saya kekuatan untuk menjarakkan diri daripada awak. Saya mengaku, setiap kali melewati setiap tempat yang kita pernah bergurau senda, bergelak ketawa, bermasam muka, hati saya amat rindukan awak. Tapi saya juga sedar, memori itu tidak akan punya erti jika tangisan yang mengiringi. Oleh itu saya akan cuba untuk terus senyum depan awak dan saya berjanji, awak takkan pernah tahu bahawa tangisan saya mengiringi setiap kebahagiaan awak :’)

Sayang, jika kesakitan yang saya rasa sekarang sebagai bayaran untuk kebahagiaan awak, saya redha dan pasrah. Tapi satu yang saya minta dari awak, jangan bayar kesakitan saya dengan tangisan orang lain. Cukup sekadar saya bahagia dengan cara ini.

Hearts, Nur Shahirah

♥ Past